Monday, March 23, 2009

Rebutting Dr. M‘s Logic 驳斥敦马逻辑

Tun Dr. Mahathir put forth 15 points of view on the upcoming UMNO Supreme Council Election in his blog article, and here is a highlight of Ti's rebuttal:

M3. UMNO yang telah perintah Negara ini dengan baik selama 50 tahun sekarang dilihat sebagai parti yang tidak bermaya.

(T: UMNO sudahlah tidak bermaya dalam pemilihan umum 1999 di mana ramai ahli UMNo ternganga apabila Tun memecat DSAI dan menghadapkannya ke mahkamah dengan tuduhan rasuah dan meliwat.Populariti Tun adalah pada tahap yang paling rendah paada masa itu dan Tun dipangil Mahazalim.. Pada masa itu undi masyarakat Cina yang kukuh telah membolehkan kemenangan BN dengan kerusi melebihi 2/3 tetapi kemenangan undi kebanyakkan kerusi adalah amat tipis sekali termasuk Parlimen Pekan yang ditandingi oleh YAB bakal Perdana Menteri .)

M4. Dalam hanya lima tahun dibawah pimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, parti UMNO sudah rosak dan menjadi amat lemah. Seiring dengan kelemahan parti, Kerajaan juga menjadi lemah dan kehidupan rakyat sudah tidak lagi sempurna.

(T: Dalam tahun-tahun awalan kepimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi,rakyat telah memberi mandat yang kukuh dan tidak berbelah-bahagi kepada BN sehingga Tun mencampuri dan mengusik kepimpinan BN dengan kecaman yang pedas dan pedih sekali walaupun Tun pernah berjanji tidak akan melibatkan-diri apabila bersara nanti. Kelemahan parti adalah disebabkan oleh pembelotan seorang bekas Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO. Ini telah bertambah tenat apabila seorang lagi bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO memberanikan Parti Pembangkang dan rakyat jelata untuk mencabar institusi, norma dan tradisi. Ini termasuklah saranan mengurangkan majoriti BN dalam Parlimen untuk menguatkan Pembangkang. Tetapi nampaknya Pembangkang bukannya mahu kekuatan tetapi membentuk Kerajaan. Inilah yang menyebabkan rakyat dibelenggukan. Gajah sama Gajah bertempur, Kancil mati tengah-tengah.
Kehidupan rakyat tidak lagi sempurna disebabkan oleh perkembangan ekonomi dunia dan bebanan serta tanggungan kerajaan pada keputusan-keputusan lampau seperti toll, PPA , IPP dsbgnya. Rakyat seronok semasa pembangunan infrastrutur yang di bawa zaman Tun tetapi belenggu,kos dan tanggungan kontrak Kerajaan cuma dirasai sekarang.)


M5. Sekarang Abdullah berjanji akan letak jawatan pada hujung bulan ini dan Dato Seri Najib Razak akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Apakah Najib akan dapat memulihkan UMNO sehingga jadi kuat semula? Ini menjadi satu tanda tanya.

(T: Keupayaan Dato Seri Najib untuk memulihkan UMNO terpulang kepada keupayaan UMNO untuk mengubah dan menyakinkan rakyat bahawasanya UMNO bukanlah satu parti yang mempunyai bau perkauman yang tebal, mempunyai budaya rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang berleluasa. Ini memerlukan kerjasama dan komitmen semua dan bukannya meletakkan babanan pada bahu Dato Seri Najib seorang. Collective dan bukannya individual responsibility! Saya ingat lagi hujah Tun semasa menjadi PM bahawasanya jangan memberi satu penyelesaian simple kepada satu isu komplicated yakni Do not prescribe a simple solution to a complicated problem.)


M11. Tetapi terdapat satu lagi peluang untuk imej parti dipulih. Apabila Kerajaan baru dibentuk oleh Dato Seri Najib, beliau boleh menolak pemimpin-pemimpin yang menang kerana rasuah daripada menganggotai Kabinet dan lain-lain jawatan Kerajaan pimpinannya. Jika sebaliknya Najib melantik orang yang diketahui menang kerana rasuah ke dalam Kerajaannya maka akan termusnahlah kepercayaan rakyat kepada Najib dan Kerajaannya. Tidak syak lagi yang UMNO dan Barisan Nasional akan kalah teruk dalam Pilihanraya Umum ke-13.

(T: Kita perlulah memberi Dato Seri Najib hemah dan hikmah kebijaksanaan seorang pemimpin yang tinggi dan disanjungi dan bukannya mempertikaikan dan mempersoalkan serta membayangkan bahawasanya beliau mungkin melantik orang yang sedemikian atau mungkin kurang kewibawaannya.)

M12. Saya percaya Dato Seri Abdullah akan paksa Najib pilih orang tertentu untuk jadi Menteri Kabinet Najib. Kita tahu sangat keinginan orang ini menjadi Perdana Menteri termuda. Sebenarnya kalau pun dia menang, penyertaannya dalam Kerajaan akan menyebabkan pengundi tolak Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13. Apatah lagi jika dia kalah dan masih lagi dapat tempat dalam Kerajaan.

(T: Adakah paksaan ini dilakukan oleh Tun pada Dato Seri Abdullah sebelum ini ? Bukankah Tun yang begitu lantang sekali menghendaki Dato Seri Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri? )


M15. Orang Melayu akan kutuk mereka yang telah hancurkan UMNO kerana mereka tamak dan mengkhianati bangsa dan negara.

(T: Negara kita sudah bergerak ke arah perjuangan dan kenegaraan dan kemasyarakatan dan kemanusiaan. Tun masih lagi dengan keMelayuan yang secara intrinsiknya adalah tertakluk kepada pembangunan Negara, Sosial dan Insan...)

Saya akhiri dengan menyusun jari sepuluh memohon maaf sekiranya tersasul di sini tetapi saya terasa terpanggil untuk menangkis hujah-hujah Tun yang telah menjadi satu pemangkin yang membangkitkan kemarahan dan seterusnya pencabaran terhadap regim dan kepimpinan pemerintahan di masa ini.
Yang baik kita terima tetapi yang keruh biarlah dijernihkan....Sama-sama kita ketepikan ego demi negara, bangsa dan agama!)


0 comments:

Post a Comment